Friday 23 December 2011

BURUJ (SAINS THN 5)

Buruj adalah kumpulan bintang yang membentuk pola atau corak tertentu seperti binatang atau benda. Contohnya buruj Belantik (BI: Orion) membentuk sebuah belantik (sejenis alat penangkap binatang); buruj Pari (BI: Southern Cross) kelihatan seperti ikan pari, dan Buruj Biduk (BI: Big Dipper (AS) atau The Plough (UK)) berbentuk sebuah biduk.
Perkataan buruj berasal daripada istilah Arab iaitu برج (burj) (tunggal), بروج (burūj) (jamak). Lain bangsa, lainlah persepsi mereka terhadap corak buruj itu. Justeru, nama buruj juga berbeza. Dalam contoh di atas, orang Melayu di Nusantara melihat corak empat biji bintang berbentuk segiempat dengan tiga biji bintang lagi sederet di dalamnya sebagai sebuah belantik manakala orang Yunani dan Rom Purba melihatnya sebagai susuk tubuh manusia iaitu pemburu bernama Orion.
Kesatuan Astronomi Antarabangsa telah membahagikan langit kepada 88 buruj, 12 daripadanya digolongkan dalam kumpulan yang disebut zodiak.

Tuesday 13 December 2011

PENCARAN BIJI BENIH; SAINS TAHUN 5

Pencaran Biji Benih
 Pencaran ialah satu cara untuk membawa biji benih yang dihasilkan jauhdaripada induknya. Beberapa jenih tumbuhan boleh memencarkan sendiribiji benih tersebut melalui mekanisme letupan manakala tumbuhan-tumbuhan lain memerlukan agen luar untuk membawa biji benih tersebutjauh daripada induknya. Agen ini dinamakan agen pencaran.
Agen Pencaran
 Agen pencaran ialah:a) Angin b) Air c) Haiwan c) Mekanisma Letupan

Sunday 11 December 2011

SAINS TAHUN 6-MESIN RINGKAS

Mesin ringkas adalah peralatan mekanikal, yang memudahkan kita mengangkat atau menggerakkan beban, dengan mengubah arah pergerajkan atau meningkatkan nilai atau jarak daya yang dikenakan pada beban. Dalam ayat yang lebih mudah, mesin ringkas adalah alat yang membuatkan kerja kita menjadi senang.
Mesin ringkas menggunakan satu daya yang dikenakan untuk melakukan kerja ke atas satu beban. Beberapa mesin ringkas apabila digabungkan bersama untuk membentuk mesin kompleks, akan mengurangkan daya yang diperlukan untuk melakukan ‘kerja’ ke atas beban, seperti mengangkat atau menarik beban.
Mesin ringkas boleh dikelaskan kepada beberapa kategori :

Tuas (‘Lever’)

Takal (’Pulley’)

Roda dan Gandar (’Wheel and Axle’)

Satah Condong (’Inclined Plane’)

Baji (’Wedge’)

Skru (’Screw’)

Gear (’Gear’)

Wednesday 7 December 2011

INFO SAINS UTK ANDA...

Tumbuhan “Makan” haiwan ? ..........
Pokok Periuk Kera ( Nepenthes Mirabilis ) ialah tumbuhan karnivor. Tumbuhan ini memerangkap serangga dan mencernakan di dalam periuknya untuk dijadikan bahan makanan. Tumbuhan ini dipanggil juga insektivor.
Mamalia bertelur ........
Mamalia dikenali sebagai haiwan yang beranak tetapi terdapat mamalia bertelur contohnya plytipus dan tenggiling berduri. Walau bagaimanapun mamalia ini masih menyusukan anak.
Bahan paling keras di muka bumi .....
Berlian ialah bahan paling keras yang didapati di muka bumi. Berlian digunakan sebagai alat pemotong kaca.
Ular terpanjang di dunia .......
Anakonda ialah ular terpanjang di dunia yang terdapat di Amerika Selatan. Panjangnya boleh mencapai sehingga 10.25 meter atau kira-kira 33 kaki.

Sunday 27 November 2011

FAKTA KESIHATAN
1.Dengan memakan saderi, anda sebenarnya membakar lebih kalori dengan mengunyah saderi.
2.Badan manusiamemerlukan zat besi untuk membantu menjalankan beberapa fungsi penting. Zat besi membantu membawa oksigen ke bahagian-bahagian badan dalam bentuk haemoglobin. Jika tidak mencukupi maka akan berlaku kekurangan zat besi dan akan mengalami tanda-tanda seperti lemah dan penat.
Contoh makanan yang kaya dengan zat besi ialah daging, ikan, kacang kuda, tauhu, kacang dan lentil.
 

Tuesday 22 November 2011

BERKONGSI FAKTA...

Bahan-bahan kimia yang berbahaya dalam kosmetik

Kawan-kawan semua ingin saya berkongsi fakta tentang bahan-bahan kimia dalam kosmetik...
 

Mercuri.
Biasanya digunakan dalam produk pemutih. Antara kesannya ialah berlakunya iritasi dan alergi pada kulit, kerosakan pada otak, ginjal, gangguan perkembangan janin, kerosakan paru-paru, muntah-muntah, dan KANSER.

Hydroquinone.
Bahan ni juga biasa didapati dalam produk pemutih  kulit. Penggunaannya dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan kulit merah dan berasa terbakar, masalah ginjal, KANSER DARAH dan KANSER SEL HATI.

Sodium Laureth Sulfate.
Produk banyak ada dalam produk2 syampu, sabun, dan pencuci.. bahan ni la yang membuatkan banyak buih dan  banyak2 buih ni pun x bagus sebenarnya sebab boleh mengeringkan lagi kulit. Bahan ni boleh menyebabkan alergi, asma, sakit kepala, sendi, pening2, KATARAK MATA dll.. bahaya kalau kena. tapi selalu memang ada  dlm produk sabun..

Propylene Glycol.
Bahan ni pun banyak didapati dalam kosmetik dan pencuci muka.  Sebabnya bahan ni boleh menyebabkan kesan kemerahan pada kulit, kerosakan ginjal dan hati.

Isopropyl alcohol.
Alcohol ni biasanya digunakan sebagai pelarut dalam produk. Bahan ni boleh merosakkan lapisan kulit dan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan PENUAAN.

Thursday 10 November 2011

BERKONGSI FAKTA..

Bisa lebah mengandungi asid. Bisa ini boleh dineutralkan dengan alkali. Soda bikarbonat (alkali) boleh dineutralkan untuk melegakan kesakitan.

Wednesday 9 November 2011

TAHUKAH ANDA?

Di negara yang beriklim sederhana, garam ditabur di atas jalan semasa salji turun lebat. Ini kerana air tulen membeku pada suhu 0 darjah celcius. Ais tulen melebur pada suhu 0 darjah celcius. Takat pembekuan air dan takat peleburan ais menjadi lebih rendah jika terdapat bendasing. Sebagai contoh jika garam ditambah ke dalam air, takat pembekuan menjadi lebih rendah daripada 0 darjah celcius. Oleh itu yang demikian  garam yang ditabur menyebabkan ais di atas jalan akan melebur dan menghalang air di atas jalan daripada membeku.

Friday 4 November 2011

BAHAN BERASID, BERALKALI DAN NEUTRAL

CIRI-CIRI BAHAN
A.BERASID -RASA MASAM, MENUKARKAN WARNA  KERTAS LITMUS BIRU KEPADA MERAH
 CONTOH: CUKA, JUS LIMAU, JUS ASAM JAWA
B. BERALKALI -RASA PAHIT, MENUKARKAN  WARNA KERTAS LITMUS MERAH KEPADA BIRU
CONTOH- BUAH PERIA, UBAT, SYAMPU, SABUN
C.NEUTRAL- RASA TAWAR, MANIS DAN MASIN, TIDAK PERUBAHAN WARNA PADA KERTAS LITMUS.
CONTOH: MINYAK MASAK, AIR GARAM, AIR GULA

Thursday 3 November 2011

TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS BAHAGIAN B

KONSTRUK KEMAHIRAN PROSES SAINS (KPS)
SEMUA MURID PERLU MENGUASAI(MENGHAFAL)
CARA MENJAWAB DIBAWAH UNTUK SKOR DALAM SAINS.

 1. TUJUAN- Untuk menyiasat hubungan di antara PM dan PB.
 2. PEMERHATIAN - Apa yang dapat kita lihat daripada gambarajah atau keputusan eksperimen
 3. PEMBOLEHUBAH
     a. Pembolehubah dimanipulasi - kata kunci: cari perkataan berbeza dalam ayat soalan, biasanya manusia yang menentukannya.
     b. Pembolehubah bergerakbalas  - kata kunci : cari perkataan dicatatkan atau direkodkan.
   c. Pembolehubah dimalarkan : kata kunci : cari perkataan sama dalam soalan atau cari bahan atau radas yang digunakan adalah sama banyak, sama saiz atau sama jenis.
4. INFERENS- Memberikan sebab dan alasan disertai dengan perkataan  "kerana".Jawapan biasanya tiada dalam soalan sebaliknya murid perlu fikir sendiri.
5. HIPOTESIS - Jika semakin bertambah/ berkurang PM maka semakin bertambah/ berkurang PB. Ayat ini biasanya digunakan untuk soalan yang ada "value".
6. HUBUNGAN - Boleh guna ayat hipotesis jika ayat tersebut betul.
7. KESIMPULAN - Boleh guna ayat hipotesis atau pun buat kesimpulan umum contohnya pengaratan berlaku dengan adanya air dan udara.
8. CORAK - Guna perkataan "bertambah. berkurang atau mendatar".
9. MAKLUMAT - Beri PM atau PB.
        

Program Selepas UPSR SKJ - Pertandingan Reka Cipta